Ahamdulillah, akhirnya berjaya juga saya buad blog nie... sebenarnya, saya x tau sangat bab blog ni. tapi dengan tunjuk ajar kawan baik saya, iaitu Nur Ashiqin Khairul Anuar, akhirnya saya jadi lebih pandai nak susun itu dan tambah ini.... thanks ikin!

Rabu, 2 Februari 2011

Alhamdulillah! tak sngke.....bm ujian hri tu aq dpt mrkh pling tinggi dlm kelas......wow....mulenye terkezut jugak aq bile kwn aq ckp aq dpt mrkah tertinggi dlm kelas... bile ckgu nk kasi kertas, bru aq tahu...

Rabu, 29 Disember 2010

Hari Orentasiku

Aq bru blik dri orentasi tingktn 1. SMK Bukit Jelutong 2 punyelah besar tau! Tp cntik la gak skola dier.... Aq n kwn baek aq dok kelas beze2 tau.... Sorg 2 dok kt kelas 1 Beta... Bile sebut je 'BETA', tingat pulak mase aq taon 1 dulu... Sume kwn2 aq menangis.... ade yg berdukung ngn mak, ade yg tarik baju si bapak.... Hai... Kenangan lame. Pas2, sorang lg dok kt kelas Sigma..... Aq plak 1 Lambda..... Dlm kelas aq ade gak la 2-3 org bdak cina n india.... Maklumlah.....1 Malaysialah katekan.....Ade jgak la kwn yg aq kenal.... nnti 1 aribuln mcm mner la agak nye ek? Ok la 2... jnji de kwn... dh la 2.....babai.......






kalo korg bace, aq la yg pling happy!

Sabtu, 18 Disember 2010

...

Aku bersama keluargaku bercuti di kampung. Disebabkan malam sudahpn menjelma,ayahku mencari hotel untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke kampung yang jauhnya kira-kira 1 jam perjalanan tanpa henti. Kami mencari hotel sekitar Bandar Tanah Merah, Kelantan. Waktu itu hujan turun dengan lebat sekali. Ayahku terjumpa sebuah hotel murah lalu ayahku terus menanyakan bilik. Pada mulanya aku tidak setuju tetapi setelah puas dipujuk oleh umi, akhirnya aku setuju. Kami mngeluarkan beg masing-masing. Kami menaiki tangga menuju ke tingkat 3. Ayahku membuka bilik hotel yang disewa. Aku, macam biasalah...cari tandas dulu. Aku buka pintu yang terdapat di situ. Aku sudah mengagak ianya tandas. Aku masuk ke dalam. Alangkah terkejutnya aku bahawa bilik itu tidak mempunyai jamban! Umi, aku dan adik apalagi, ketawalah. "Umi, sepanjang kite sewe hotel, kakak tak pernah dapat hotel takde jamban" kataku sambil ketawa.




ok...babai......

Rabu, 8 Disember 2010

hari kebanggaanku

Tanggal 11 November 2010 ialah hari berseajarah buatku. Hari itulah yang akan menetukan masa depanku. Hari itulah yang akan menentukan penempatan aku pada tingkatan 1. Aku berasa sungguh gementar. Setiap detik bagaikan menyeksa diriku. Kini, tibalah masanya. Hari menetukan segala-galanya. Pada jam 12.00tgh hari, kami murid tahun 6 berkumpul di dalam dewan bersama ibubapa. Aku mencari kelibat ibuku tetapi, tidak kelihatan. Aku terasa, tanganku ditarik ke dalam dewan. Rakan karibku, Nur Ashiqin memaksa aku masuk padahal aku telahpun masuk ke dewan. Kami memilih tempat duduk di bahagian tengah kerana tempat di hadapan telahpun penuh diisi oleh ibubapa yang hadir. Aku memegang erat tangan ralanku sambil dia menepuk-nepuk bahuku. Kemudian keputusan diumumkan. Namaku dipanggil ke hadapan. Aku bagaikan tidak percaya yang aku memperoleh keputusan yang memuaskan hati aku.Ya aku memperoleh keputusan 4a 1b. Sungguh aku tidak menyangka akan memperoleh keputusan sebegini. Aku seolah-olah bermimpi tetapi rakan karibku mencubitku. Aku membalas dengan senyuman dibibir. Aku memeluk erat rakanku yang waktu itu sedang binggung. Aku lantas bangun lalu mencari ibuku. Aku memeluk erat ibuku dan kubisikkan kepdanya aku peroleh 4a 1b. Ibuku tidak memberi apa-apa respons terhadapku. Aku berasa hairan lalu ibuku jawab kepadaku yang dia sebenarnya tahu yang aku memperoleh keputusan yang memuaskan.

okla....tu jer aku nak tulis

camping

camping
akulah yang paling enjoy waktu 2....best berendam dalam selut....habis kotor baju....membebel umi kat rumah lps balik dari camping....
 
Bird Owl