Aku bersama keluargaku bercuti di kampung. Disebabkan malam sudahpn menjelma,ayahku mencari hotel untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke kampung yang jauhnya kira-kira 1 jam perjalanan tanpa henti. Kami mencari hotel sekitar Bandar Tanah Merah, Kelantan. Waktu itu hujan turun dengan lebat sekali. Ayahku terjumpa sebuah hotel murah lalu ayahku terus menanyakan bilik. Pada mulanya aku tidak setuju tetapi setelah puas dipujuk oleh umi, akhirnya aku setuju. Kami mngeluarkan beg masing-masing. Kami menaiki tangga menuju ke tingkat 3. Ayahku membuka bilik hotel yang disewa. Aku, macam biasalah...cari tandas dulu. Aku buka pintu yang terdapat di situ. Aku sudah mengagak ianya tandas. Aku masuk ke dalam. Alangkah terkejutnya aku bahawa bilik itu tidak mempunyai jamban! Umi, aku dan adik apalagi, ketawalah. "Umi, sepanjang kite sewe hotel, kakak tak pernah dapat hotel takde jamban" kataku sambil ketawa.
ok...babai......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan